Weehoo so yeahh dah lama tak update ini blog disebakan kekurangan idea dan tiada masa yang lapang untuk update pos baru . Jadi sekaranglah masa yang sesuai sementara menunggu baju siap dibasuh haha
Hm, yup memang sangat sibuk lately ni sampai kesihatan dan makanan tak terjaga. Aku tak tahulah aku amik course apa ni sampai tak tido malam dah terbalik dunia aku. Mehh diri sendiri punya hal laa tak reti manage masa & buat kerja last minute mana taknya muahaha.Hm sepanjang kesibukan ini sempat jugak aku berasa sangat serabut...senang citer rasa hilang diri sendiri tak tahu ke mana arah tuju.I've been looking for the reasons why im being liddat all of a sudden. Sumpah sangat rasa nak nangis stress rasa nak pergi jauh padahal tu bukan penyelesaiannya. Setahu aku tak pernah laa aku serabut sampai macamtu sekali.And what make it worst is i kept it to myself. Not telling akak or usrahmate abt it . Aku jadi macam malas sampai nak tinggalkan tanggung jawab yang ada. Nak shortcut laa konon taknak terikat dengan apa2 tanggungjawab eceh ayat haha. Ujian demi ujian mendatang aku jadi makin lemah padahal aku yang minta untuk kuat . Nak kuat mmg melalui ujian laa kan ? tapi aku alpa mudah sangat melatah terus rasa lemah serabut .
Tapi alhamdulillah , satu hari tu after i've ruined each of my day before the day i return to myself back macam biasalah ada sesi luahan perasaaan yang terbuku di hati dengan housemate yg merangkap usrahmate & my backpacker buddies eceh & yes dari situ aku tahu...aku futur. Futur ? meh bukan sarapan in arabic ye tahu futur dalam bahasa arab sarapan tapi ni dalam makna yang lain iaitu gugur. Kira jadi mcm iman makin berkurang dan tanpa sedar kita rasa malas nak buat semua benda nak teruskan segala apa yang kita kerjakan segala apa yang kita usahakan untuk ke arahNya . Gahh sumpah that the worst feeling ever & i dont wanna be in it no more. Seksa perit.
Kiranya bila kita dah lupa dah lalai asyik ingatkan dunia tapi masa untuk Dia kita bagi sisa je, itulah balasannya. Setiap nikmat, masa, ujian tu semua diberi memang bersebab. Nikmat pun ujian. Jadi walau apa pun kita dapat cuba & pastikan kita bersyukur & redha. bukan mengeluh give up & salahkan Dia. Pedoman untuk diri aku laa ni takmau jatuh dalam futur lagi. Menakutkan.
Okay i guess thats it takde benda dah haha. Till then Assalamualaikum :)